Jom ikut saya !!! (^^,)

Anda dari negeri yang mana?

29 August 2011

Selamat Hari Raya! Jangan Main Mercun!

Hari raya tahun ni akan disambut berkembar dengan hari kemerdekaan 'Malaysia'.
Tapi aku rasa, raya tahun ni Merdeka tak sambut sangat. Orang lagi nak rayakan kemenangan kerana berjaya menahan nafsu yang tak baek selama sebulan tu.

Takpelah, yang penting raya tahun ni takde yang gado-gado yea. Harap sangat jangan gado, tak baek tau~
hik hik hik... Ape-ape pun yang berlaku kat Malaysia ni, aku tak kesah. Yang penting aku nak bagi ucapan sikit:



Pada kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemenangan AidilFitri 1432Hijrah bersamaan 2011Masihi. Kepada mereka-mereka yang suka main mercun tu, jangan sampai mengganggu gugat ketenteraman jiran-jiran anda. Kita tak tahu jiran kita ada yang nak terberanak ke, ada yang nak termengandung ke, atau ada yang lemah jantung. Tak pasal-pasal ada yang kojol sebelum tibanya hari raya. Kesian plak nanti.

Kalau betul anda ada main mercun bingit-bingit kat taman perumahan atau kat stesen bas mahupun kat dalam tandas hatta di desa sekalipun, pergi lah berkunjung ke rumah saudara yang terdekat yang berdekatan dengan tempat kejadian (tempat anda memekak) tu dan mintak lah mahap kepada mereka. Mana tahu yang marahkan anda tu 1taman x 40 orang. Buatnya kalau di doanya kalian kudung raya ni, tak dapat la korang main playstation 8 kat rumah jiran anda yea.

Oleh itu, pengajaran dari cerita di atas ni sebenarnya:
"sape-sape yang buat bingit kat taman rumah aku tu, tolong la berenti2 main mercun tu" main lah mercun pop tu kalau pun sangap nak main mercun. Jangan la pasang meriam askar british raya-raya ni. Nabi tak ajar pun main mercun sebelum raya. Bid'ah yang sesat betul! geram aku!

Dah, aku taknak marah-marah. Kang terbatal pulak puasa aku buat hari terakhir ni. Tak pasal-pasal kene ulang tayang. hahaha! Apa-apa pun, selamat pulang beraya kepada semua pengguna jalanraya. Semoga kalian selamat sampai ke kampung halaman. Baca doa banyak2 sebelum naik kenderaan, dan jangan lupa Naik Saksi dulu. hehehe.

Ok???!!! Selamat berjumpa lagi~
Wassalam~

26 August 2011

Cara menjadikan Internet Download Manager (IDM) anda berdaftar!

Amat mudah! ikuti langkahnya seperti dalam video berikut:




Mudah kan? aku pun guna taktik yang tak berapa nak kotor ni untuk registeration.
Untuk muat turun dia punya file, klik kat link dibawah:

http://www.mediafire.com/?j7qa0655t7bd7cm

dan ikuti langkah menginstallnya melalui video yang telah aku berikan seperti di atas ini. Sengaja aku letak besar-besar, sebab aku tau korang pun rabun gak macam aku.. keh keh keh keey !!!

Selamat Mencuba !

10 Sebab Doa Terhijab


















“Wahai Ibrahim Ibn Adham,kami telah berdoa kepada Allah..
tetapi masih tidak diperkenankan-Nya.
Beritahu kami apakah sebabnya?”.
Ibrahim menjawab: “terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

 1. Kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

 2. Kamu membaca Al-Quran,tetapi kamu tidak beramal dengannya.

 3. Kamu mendakwa bahawa iblis itu musuh kamu,tetapi menurut hasutannya.

 4. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah S.A.W,tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.

 5. Kamu mendakwa mencintai syurga,tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

 6. Kamu mendakwa membenci neraka,tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

 7. Kamu mendakwa mati itu benar,tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

 8. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain,tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

 9. Kamu makan rezeki Allah,tetapi kamu lupa mensyukurinya.

 10. Kamu mengebumikan jenazah saudaramu,tetapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.

sumberhttp://fiqhullughah.blogspot.com/2009/05/10-sebab-doa-terhijab.html

23 August 2011

10 MalaM terakhir

Salam Ramadhan 1432Hijrah,


1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Surah al-Qadar.

10 malam terakhir adalah satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Perasaannya tidak dapat diungkapkan. Begitu Maha Agung sangat dekat dengan kita. Walau dimana kita berada, Dia sentiasa setia memerhatikan kita walaupun didalam tandas sekalipun. Dia yang memegang ubun-ubun sekalian makhlukNya.

Rugilah bagi mereka yang meninggalkan 10malam terakhir. Yang khaifiatnya 1000bulan. Cuba anda kira, 1000 dibahagikan dengan setahun (12). Anda akan dapat jawapannya, 83.33333 kan? kalau salah, anda kene beli calculator baru la gamaknya. hahaks~

83tahun hanya dalam satu malam! betapa Allah itu Maha Pengurnia! ~subhanallah~ tapi, bagi mereka yang biasa menjalani perjalanan haqiqat makrifat, pasti mengerti. Setiap amalan yang kita lakukan, bukanlah untuk memborong ganjaran, sama ada syurga , neraka atau pahala yang berganda-ganda. Dalam hati, ikhlas tanpa meminta balasan. Hanya mahukan Redha dari tuhan yang Esa. Masya Allah.

Sekian sahaja dari saya.
saya memang suka taip sikit-sikit jer. jadi? apa masalah kau? haha!
~Wassalam~

19 August 2011

Cakar-Lakar


ASsalamualaikum,
ape cer arini?
korang takyah citer la, meh aku jer yang citer. aku buat blog ni suke2 hati aku jer sebab aku rasa cam nak wat blog ni. ntah la. aku pun takde idea ni. untuk hari ni, ni jela posting aku. lantak la korang haih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surat bertajuk "Matahari"

Surat bertajuk "Matahari"