Jom ikut saya !!! (^^,)

Anda dari negeri yang mana?

22 September 2011

Tak kenal maka tak beragama -panassss!-

semak: surah al-qaf ayat 16
surah al-baqarah ayat 115
surah asy-syura ayat 11
surah al-ikhlas ayat 4
Bumi ni bulat kan? tapi nape diorang kata tuhan dilangit?

Panas ! Panas ! Panas ! mari kita teguk secawan dua ~ hehehe !

empat orang buta dengan seekor gajah


Salam satu tauhid ,
Sebelum memulakan tentang tajuk yang panas ini , biarlah saya  memperihalkan sebuah kisah daripada cerita rakyat yang popular yang membawa pengertian yang begitu dalam. Kisahnya begini:



Di seberang Ghor ada sebuah kota. Semua penduduknya buta. Seorang raja dengan pengikutnya melalui kawasan kota itu bersama-sama tenteranya dan memasang khemah di kawasan gurun. Raja tersebut mempunyai seekor gajah perkasa, yang lazimnya digunakann untuk tujuan berperang dan menimbulkan ketakjuban rakyat.



Penduduk kota itu ingin sekali melihat gajah itu, dan beberapa orang di antara orang-orang buta itupun berlari-lari bagaikan badut-badut sarkis bersemangat menuju ke pentas berusaha mendekati gajah peliharaan raja tersebut.



Oleh kerana tidak mengetahui bagaimana bentuk dan rupa kewujudan gajah, mereka pun meraba-raba seluruh anggota tubuh gajah kepunyaan raja itu, lalu membayangkan rupa bentuk gajah dengan menyentuh bahagian tubuhnya.


Masing-masing merasakan antara mereka telah mengetahui sesuatu, sebab telah menyentuh antara bahagian tubuh tertentu.

Ketika mereka kembali kepada penduduk kota orang buta itu, orang-orang kota yang buta itu pun berkerumun keliling empat sahabat buta dengan perasaan ingin tahu kebenaran tentang gajah daripada sahabat-sahabatnya sendiri, tapi pada hakikatnya mereka telah tersesat.

Penduduk kota itu pun bertanya kepada empat orang buta tersebut tentang bentuk gajah. Empat orang buta telah yang menyentuh gajah tersebut memperihalkan tentang bagaimana keadaan rupa sebenar gajah mengikut pendapat masing-masing.

Orang yang tangannya menyentuh telinga gajah ditanya tentang bentuk gajah. Jawabnya, “Gajah itu lebar, kasar, besar, dan luas, seperti getah sekerap.”

Dan orang yang meraba belalainya berkata, “Saya tahu keadaan sebenarnya. Gajah itu bagai paip yang lurus dan kosong, dahsyat dan suka menyedut.”

Orang yang menyentuh kakinya berkata , “Gajah itu perkasa kukuh, bagaikan tiang.”

seorang lagi telah menyentuh ekor gajah memperihalkan bahawa gajah itu seperti tali, panjang, lembut dan berbulu di hujungnya.

akhirnya, keempat-empat sahabat yang buta itu kebingungan kerana masing-masing hanya meraba pada satu bahagian tubuh badan gajah sahaja. 

apakah pengajaran daripada kisah empat sahabat buta dengan gajah ini?
dan apa pula kaitannya dengan agama?

Adakah kita sedar bahawa kita tidak seperti orang buta tersebut ataupun kita serupa seperti orang buta dalam kisah rakyat popular ini?

Mari kita lihat gambaran ini:




gambar bumi , apakah persoalannya? cuba kita perhatikan keadaan bumi. 
Seperti yang anda sedia maklum, bumi berbentuk sfera (bulat). Manusia tinggal diseluruh dunia dan masing-masing kalau menuding jari ke langit akan menunjuk arah langit masing-masing. arahnya juga berbeza-beza, kalau di kutub utara tunjuk langit tetap ke atas, begitu juga dengan kutub selatan. Tetap tunjuk ke atas.

Soalannya: "Dimana Allah?"
Ya! memang benar dalam Quran Allah berfirman:

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.."
- Surah Ar-Ra'd: 2


Ya! memang benar ! tapi, adakah kalian mengerti tahu apa itu arasy? 
atas langit? langit yang mana? pernah lihat langit yang mana satu? sedangkan Allah itu tiada bersifat seperti makhluk.

firman Allah dalam surah asy-syura ayat 11:


"tiada satupun yang menyerupaiNya, Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."

surah al-ikhlas ayat 4:
"tiada satupun yang sekufu denganNya, Dialah tuhan yang Maha Esa"

apa sifat makhluk??? seperti anda sekarang, mungkin sedang berada di atas kerusi, mungkin selepas itu anda turun ke lantai. Itulah sifat makhluk, ada tempat. Tapi tuhan tidak begitu.
"Allah maujuddi bila makan"
~Allah wujud tanpa tempat.~

Jadi, mengapa menyatakan Allah di atas langit??? sedangkan Allah itu dekat, malah lebih dekat daripada urat leher:
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,"
(surah al-Qaf , ayat 16)

Dan cuba fahami firman Allah ini:
"Walau kemana saja kamu hadapkan, disitu wajah Allah"

(Surah Al-Baqarah ayat 115)

Jika anda nyatakan bahawa Allah itu di langit anda syirik. Jika anda nyatakan bahawa Allah itu dimana-mana, tetap mempunyai tempat. 

Oleh kerana itulah, aku mengajak kalian supaya mendalami ilmu tauhid usuluddin (rukun iman) sedalam-dalamnya. Barulah dikatakan insan yang sebenar-benar beriman. Bukan iman yang pakai pak turut. Orang cakap A, ikut saja A tu tanpa ilmu.

Jangan hanya menuduh orang sebarangan dengan menyatakan orang lain sesat, sedangkan diri kita sendiri tidak mengenal siapa tuhan kita. Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China. Tuntutlah apa jua ilmu, asalkan dua sumber asas tidak diabaikan iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi.

Nabi bersabda:
"awaluddin makrifatullah, awal agama mengenal Allah"

Tak kenal Allah , bagaimana nak menyembah Allah ? dimana nak dituju ?
Tokoh ulama' tersohor, Imam Ghazali menyatakan:
berfikir tentang hakikat ketuhanan , lebih baik daripada solat 1000tahun.

Apakah anda faham tentang apa yang dimaksudkan dengan kenal ?  
Kalau tak faham biar aku huraikan disini.
Kenal boleh didefinisikan sebagai tahu, 

 tahu dan teringat kembali: "baru mendengar suaranya, aku sudah -- siapa dia"
Berapa kenal kita dengan tuhan kita? berapa akrab kita dengan tuhan kita? berapa kuat kita terhadap pegangan agama kita? setakat cecah dikuku?
Pengenalan tidak sah dengan hanya membaca-baca nama dan sifatnya sahaja. Kenal itu adalah yakin dan pasti serta telah berjumpa mengadap sesuatu yang ingin kita kenal.
Contoh terdekat yang boleh aku huraikan macam ni, saya ceritakan perihal seseorang yang saya kenali kepada anda, tentang namanya, sifatnya dan perlakuannya. Tapi anda belum pernah berjumpa dengan orang tersebut. Anda masih belum dikatakan mengenali orang yang aku ceritakan, sehinggalah aku bawa anda berjumpa dan berkenalan. Begitu juga dengan konsep berkenalan dengan tuhan.
"Jangan fikir dalam-dalam, nanti sesat"
itulah pemikiran sempit orang jahil sebenarnya. Ketahuilah kalian, bahawa ilmu itu pelita, jahil itu bahaya. Kalau kita tak cuba cebur dalam sesuatu bidang seperti tasawwuf, atau usuluddin tak mungkin kita dapat siasat dimana kesesatan dalam pengajian ini. Jika kita cuba menyiasat untuk mendapatkan kebenaran, samalah kita seperti kita berjihad di medan peperangan. Carilah ia didalam terang. tulis banyak-banyak pun, kalau dalam hati kita banyak buruk sangka (su'uz zhon) dengan orang, baik tak payah tulis. Jadi aku akhiri penulisan yang hangat ini sampai di sini sahaja. Jika ada pertanyaan, silakan komen.
Sekian, Wassalam....

21 September 2011

Ikhlas itu ghaib, ghaib itu rahsia, rahsia itu milikNya.

Tadi kat facebook, aku ada taip status ni:

- status updated: 21 September 2011 - 2:26pm -
siap kata bersambung kat blog lagi...tiba-tiba aku jadi kelam kabut, sebab mula-mula aku main-main je cakap nak sambung kat fb. Sekali lagi petir berdentum ! lantas , satu suara datang lagi dan berkata: "kotakan apa yang kau nyatakan !!!" 
dah kene sepak baru nak tersungkur. hahaha ! baru tau yang amanah itu memang cukup berat. Aku tak ambil masa yang lama , terus aku taip segala macam kat blog aku ni takut nanti aku menipu diri ku sendiri.

Pada mulanya aku nak taip status camni:
semua orang tau aku mengadu...ikhlas ke camni?
Pastu, terus  aku didatangi suatu suara yang sukar digambarkan walau dengan kamera SL-R sekalipun. Tak perlulah anda bertanyakan suara siapa itu, kerana itu adalah rahsiaNya. Jadi, aku pun terus padam status tu selepas di tegur oleh suara itu. Dan sebenarnya, aku turut teringat penerangan guru aku tentang ikhlas. Apa yang faham, ikhlas ni begitu halus dan sukar untuk dilihat walau dengan mata hati sekalipun. Hanya Allah sahaja yang tahu apa ada dalam hati setiap hambanya.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,"
(surah al-Qaf , ayat 16)

Dalam satu hadis ada menyebut:

"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap, ia wujud tapi amat sukar dilihat"

Cuba baca pulak surah al-ikhlas ayat 2:
"Allahussomad=Allah yang dituju"

Jadi, apakah itu ikhlas sebenarnya? Ada satu situasi sebagai contoh untuk kita sama-sama fahami apa erti keikhlasan yang sebenar:

Situasi 1

Tangan kanan: Wahai tangan kiri, hari ni aku nak bagi kamu jam tangan sebagai hadiah.
Tangan kiri: eh, betul ke ni? Macam tak percaya je kau nak bagi hadiah kat aku..
Tangan kanan: Aku ikhlas ni.
Tangan kiri: Oh, kalau ikhlas baguslah. (sudah tahu)

Situasi 2


Tangan kanan: Wahai tangan kiri, hari ni aku nak belanja kamu makan nasik ayam. jom kita pegi makan kat restoran berangin tu.
Tangan kiri: eh, betul ke ni? Macam tak percaya je kau nak bagi belanja aku harini..len macam je?
Tangan kanan: Jangan banyak cakap lah. Jom laa..hehe..
Tangan kiri: Kau ikhlas ke ni?
Tangan kanan: Jangan banyak tanya lah, ko nak ke taknak?
Tangan kiri: Oh, mestilah nak. Rezqi jangan ditolak, musuh jangan dicarik.

Situasi 1 menunjukkan antara contoh orang yang tidak ikhlas kerana orang lain telah tahu apa yang tersembunyi dalam hatinya. Kerana Nabi pernah bersabda:
"Ikhlas itu seperti tangan kanan yang memberi, tetapi tangan kiri tidak mengetahui yang tangan kanan telah memberi."
Sengaja saya letak nama watak diatas dengan nama tangan kanan dan tangan kiri. Anda sendiri akan faham.

daripada: Iluvislam.com


Situasi kedua menjelaskan bahawa, walaupun kita ditanya oleh sahabat baik kita sekalipun, jangan sampai sahabat kita tahu yang kita ni ikhlas atau tidak. Kerana, ikhlas itu bukanlah boleh dinilai dengan kata-kata, tetapi ikhlas tu dinilai berdasarkan perbuatan seseorang yang bersungguh-sungguh. Macam orang yang nak pergi merompak pun kena jugak ikhlas. Kalau tak ikhlas, melingkup lah. Tapi, jangan pulak anda pergi merompak. Kelak, anda akan dirompak balik segala amalan anda. Hahaha.
Sudah faham kah anda tentang maksud ikhlas? jadi, jangan tanya kat saya adakah saya ikhlas taip post ni. hahahaha !


renung-renungkan, dan selamat beramal.
Sekian, salam sayang dari penulis. Wassalam~

19 September 2011

Konspirasi Wabak Selsema Babi



Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.Pembinaan Senjata BiologiJika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin. Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini. Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai. Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak. Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya. Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapa peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger. Pembukaan Semula Program Senjata BiologiSemenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila. Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka. Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar. KesimpulanWalaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia. Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.. Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;-Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003-Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk. 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi. Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut:-

“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom.. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”


sumber: adhamlim.blogspot.com

Lagenda Budak Playboy


"Zaman remaja sememangnya zaman yang indah dan bahagia buat dia. Zaman di mana dia dipuja dan dipandang tinggi oleh wanita-wanita di sekelilingnya. Dia tersenyum bangga. Berbekalkan wajah yang sempurna, ketinggian yang mantap dan bentuk tubuh yang bisa menambat hati gadis-gadis, dia begitu selesa dengan kehidupannya. Hatinya kini milik seribu wanita yang bergelar 'hawa'.
Untuk apa dia setia? Sedangkan rakan-rakannya yang lain kerap dipermainkan wanita walaupun mereka setia. Ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk teman wanita, akhirnya apabila sudah kopak, gadis tersebut meninggalkan mereka terkontang-kanting. Dia sendiri pun apa kurangnya. Sudah dua kali dia dicurangi makhluk yang bergelar kaum hawa itu walaupun dia telah korbankan segala kesetiaan dan kepercayaan kepada mereka.
Sudah dua kali juga dia menetapkan bahawa merekalah yang bakal menjadi permaisuri hidupnya tetapi sesungguhnya semua itu hanyalah sia-sia. Sekarang dia tersenyum puas. Puas kerana dapat mempermainkan hati lima gadis serentak! Dania, Ida, Zurin, Rushaida dan Lisya semuanya dia taburkan dengan janji-janji dan kasih sayang palsu. Andai salah seorang daripada mereka tidak berpuas hati pun dia tidak peduli. Asalkan dia bahagia melihat gadis-gadis tersebut terulit dibuai janji kosong.
Cuaca pagi itu tenang dan damai. Burung-burung bahagia berkicauan. 'Mungkin burung-burung tu pun bahagia sebab ramai awek,' bisik hati kecilnya. Dia tersenyum riang. Hari ini merupakan hari pendaftaran degree untuk pelajar junior. Jika bernasib baik, mungkin akan adalah seorang 'awek' cun tersangkut kat dia lagi. Sedang dia berdiri memerhati gerak-geri junior-junior yang kebanyakannya comel-comel belaka, pandangannya terhenti kepada salah seorang gadis ayu yang sedang duduk memerhatikan jam tangan di tepi kaunter pendaftaran kolej kediaman. Di dalam hatinya, itulah gadis yang bakal menjadi mangsanya seterusnya.
Sejak hari pendaftaran itu, dia bersungguh-sungguh mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai gadis tersebut daripada rakan-rakannya dan junior. Hatinya menjadi lebih panas apabila mendapat tahu bahawa gadis tersebut merupakan seorang gadis yang sering mempermainkan perasaan lelaki. Hatinya melonjak untuk mengenali gadis tersebut agar dia dapat mempermainkan gadis tersebut pula! Dia cuba memulakan langkah untuk berkenalan dengan gadis tersebut. Dia mengatur ayat-ayat manisnya yang sememangnya tidak pernah gagal menjerat hati seorang gadis. Setelah seminggu lebih menjengah khabar berita daripada rakan-rakan dan junior, dia berjaya juga mengetahui serba sedikit tentang gadis itu.
Namanya tidaklah seglamour wajahnya. Bukan Aleesya, Aleefa atau Natasya. Nama-nama tersebut adalah nama-nama biasa gadis-gadis cun yang dikenalinya selama ini. Tetapi kali ini, nama gadis yang cuba dikenalinya ini sungguh dalam maknanya. Gadis yang bernama Halimahtussaadiyah ini berasal dari Selangor. Setelah menaburkan ayat-ayat manis seperti biasa, tepat pada tarikh 8 Julai 2004, termaktublah bahawa mereka secara rasmi sudah menjadi sepasang kekasih.
Allah S.W.T  Yang Maha Berkuasa  tahu apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Dengan termeterainya perhubungan itu, niat yang pada mulanya berunsur khianat telah bertukar sepenuhnya. Perkenalan itu menjadikan mereka kenal akan erti kesetiaan, kasih sayang dan cinta. Tiada lagi istilah playboy dan playgurl dalam diri mereka. Tiada lagi istilah curang, khianat atau mempermainkan hati masing-masing. Dia telah pun memohon ampun dan maaf kepada bekas-bekas kekasihnya di saat zaman playboy nya dahulu. Hatinya kini terpaut kepada Halimahtussaadiyah seorang dan dia tidak berniat untuk bermain-main lagi dalam percintaan.
Episod-episod bahagia telah menjengah hari-hari mereka berdua. Dia yakin pada kata hati bahawa Halimahtussaadiyah lah yang sebenar-sebenarnya jodoh kurniaan Allah S.W.T baginya. Mereka bagaikan belangkas. Ke mana sahaja pasti bersama.
Tetapi lama kelamaan perkara ini menjadi masalah buat mereka. Akibat selalu kelihatan berdua-duaan, mereka telah dipanggil oleh jawatankuasa perwakilan Persatuan Rohani IPTA. Ketika itu mereka tersedar bahawa mereka telah melakukan dosa yang menghampiri fitnah dan zina. Walaupun setakat ini, mereka masih mengawal perilaku mereka, perkara sebegini masih haram di dalam Islam. Sedangkan ber-couple itu juga adalah haram apatah lagi berdua-duaan. Astagfirullahalazim!
Namun mereka sudah terlalu mencintai antara satu sama lain. Setelah berbincang dengan ibu bapa masing-masing, mereka mengambil keputusan untuk bertunang dan bernikah. Bukan mudah untuk meyakinkan ibu bapa pada mulanya namun, mereka tetap bersungguh agar tidak dipisahkan. Maka, tanggal 3 September 2005, mereka pun bertunang. Ketika majlis pertunangan dilangsungkan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memilih tarikh pernikahan pada bulan Disember 2005 iaitu pada tahun yang sama agar dapat mempercepatkan urusan membina masjid tersebut. Selepas bertunang, mereka semakin menjaga batas pergaulan mereka. Mereka tidak lagi kerap berjumpa kecuali jika terdapat urusan-urusan penting yang terpaksa mereka selesaikan bersama. Namun di dalam hati, masing-masing terasa sangat berdebar-debar menanti ketibaan hari yang ditunggu-tunggu. 
Tetapi kata orang, kita cuma mampu merancang. Allah juga yang Maha Menentukan. Tanggal 21 September 2005, iaitu hanya beberapa minggu selepas mereka bertunang, hadirlah suatu peristiwa yang tidak akan pernah dia lupakan selamanya. Tarikh itulah, tarikh dimana nyawa Halimatuhsaadiyah diragut kerana kemalangan jalan raya di Lebuhraya Elite sebaik pulang daripada rumahnya kerana terdapat perbincangan mengenai persiapan perkahwinan. Halimatussaadiyah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur tepat pada jam 9.30 malam itu. Kemalangan ngeri itu telah mengakibatkan gegaran otak yang kuat dan menyebabkan pendarahan di dalam kepalanya. Dia yang turut terlibat di dalam kemalangan tersebut hanya patah kaki dan koma selama beberapa jam namun, oleh kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, dia tidak dapat hadir ke pengebumian Halimatussadiyah, seorang gadis yang amat dia cintai.
Saat dia sedar daripada koma, soalan pertama yang terbit dibibinya ialah di mana Halimahtussaadiyah dan bagaimana keadaannya? Bagi mengelak kejutan yang teruk dan atas nasihat doktor, ibu bapanya terpaksa menipu dengan mengatakan keadaan Halimahtussaadiyah stabil dan sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur. 
Hari ke enam pada bulan Ramadhan, dia akhirnya dikeluarkan daripada hospital. Sepanjang berada di rumah, dia kerap bertanyakan perihal Halimahtussaadiyah namun, ibu bapanya hanya mampu berdiam diri kerana takut terjadi perkara yang tidak diingini padanya. Akhirnya, ibu bapanya terpaksa meminta bantuan daripada ibu bapa Halimahtussaadiyah untuk membantu mereka memberitahu akan khabar berita bahawa Halimahtussaadiyah telah pun kembali ke rahmatullah dan telahpun selamat dikebumikan. Sebaik mengetahui bahawa gadis yang dicintainya itu telah pun kembali pada Tuhan yang Maha Esa, hidupnya menjadi semakin tidak keruan. Dia tidak mahu makan, tidak mahu mandi dan asyik menghabiskan waktunya dengan menangis dan meratapi nasib. Hidupnya seakan-akan tidak terurus lagi. Pelajarannya ditinggalkan begitu sahaja.
Tetapi kisah dukanya tidak hanya terhenti di situ. Setelah tiga minggu mengetahui berita bahawa Halimatuhsaadiyah telah meninggalkannya selama-lamanya, dia mengalami masalah hilang ingatan akibat terlalu stress dan terlalu banyak berfikir. Ibu bapanya sudah puas menghantarnya menjalani rawatan di hospital-hospital pakar dan bertemu dengan ustaz-ustaz yang boleh mengubatinya namun masih tidak berhasil. Inilah ujian daripada Allah. Mungkin Allah S.W.T hanya akan mengizinkannya untuk mendapatkan kembali memorinya setelah dia tenang dan redha dengan pemergian Halimatuhsaadiyah.  
Alhamdulillah setelah berusaha tanpa jemu, akhirnya pada pertengahan bulan Mac pada tahun 2008, iaitu lebih kurang 2 tahun lebih selepas kejadian tersebut, ingatan dia kembali pulih seperti biasa. Ketika itu, dia telah redha dengan pemergian bekas tunangnya dan berdoa agar roh Halimatuhsaadiyah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..
Sekarang, dia hanya meneruskan kehidupannya seperti biasa walau pedih untuk ditanganinya. Dia pernah bercerita, di dalam mimpinya arwah pernah hadir dan mengucapkan kata-kata yang telah membuatkan dia tersedar dan melaksanakan apa yang sepatutnya dia lakukan. Di dalam mimpi tersebut, arwah telah memintanya agar tidak berterusan bersedih hati dan terus mencapai impian merealisasikan cita-citanya.
Ajaib bukan? Seorang playboy bertukar menjadi seorang yang setia kerana kehendak-Nya. Seorang playboy diuji oleh Allah untuk menghapus dosa-dosanya. Jika selama ini dia menguji hati gadis-gadis yang dipermainkannya, kini hidupnya sarat dengan ujian Allah yang Maha Berkuasa. Allah menjadikan sesuatu pasti ada hikmahnya. Dipinjamkan oleh-Nya intan permata namun bisa ditarik bila-bila yang dikehendaki-Nya.
Di kesempatan ini inginku hadiahkan al-Fatihah buat Allahyarhamah Halimahtussaadiyah Binti Mohd Yusof (10 Dis 1985 – 21 Sept 2005). Jangan risau akak, impian dan cita-citanya tetap dia teruskan walaupun akak sudah tiada lagi di sisinya."


Kisah benar ini telah dipetik dan ditanam semula dalam blog Lukisan Hidup ini dari : ILuvIslam.com bertajuk cinta seorang playboy


Daripada penulis: Kisah hidup seorang playboy ini sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kisah hidupku walaupun ada sedikit perbezaan dari segi perihalan perjalanan hidupnya. Cumanya, aku tidaklah sampai hilang ingatan, tapi tangguh pengajian tu memang la sekarang ni...Hmmm...
Terima kasih kepada Sabrina Meow di atas perkongsian link tersebut.

18 September 2011

Aishiteru versi asal (Jepun)

Korang dengar lagu indon, tapi tak tau versi asal? ape nak jadi ngan korang ni hah?
hahaha! gurau jew. Jangan maraa aaa ~
Kalau korang nak tau, lagu asal aishiteru nyanyian Zivilia kelahiran Indonesia tu dipetik daripada lagu koko itu yo...aik? len macam jerp? haha !

eik? salah laaa tajuk dia tu...sebenarnya daripada lagu koko iru yo, nyanyian orang jepun (takkan afrika pulak kan? bongok !) bernama SoulJa dan Aoyama Thelma.
Nama diorang pun dah cukup salji dah. Memang sejuk je dengar lagu ni. Ngah ngah ngah !

Kalau nak tengok video dia, nih tengok kat bawah ni, aku bagi video dia:



Lirik lagu – Koko Ni Iru Yo
Artis – SoulJa feat. Aoyama Thelma

Baby boy, atashi wa koko ni iru yo, doko mo ikazu ni matteru yo
You know dat I love you dakara koso, shinpai shinakute iin da yo
Donna ni tooku ni itemo kawaranai yo, kono kokoro
Iitai koto wakaru desho?
Anata no koto matteru yo (matteru yo)

Bukiyou na ore, tooku ni iru kimi
Tsutaetai kimochi sono mama iezu ni, kimi wa icchimatta
Ima ja nokosareta kimi wa arubamu no naka
Denpa de shika aenai hibi, dakedo mienai ze kimi no hohoemi
Kimi no nukumori kami no kaori, kono nodo no kawaki wa sono mama mitasarezu ni
Sugiteku hibi no naka nanda ka kimi no omokage hitasura sagashita
Kimi to yoku aruita ano michi wa, ima ore dake no ashioto ga hibiite ita
Nna koto yori omae no hou wa genki ka? Chanto meshi kutteru ka?
Chikushou, yappa ienee ya
Mata kondo okuru yo, ore kara no letter

Baby boy, atashi wa koko ni iru yo, doko mo ikazu ni matteru yo
You know dat I love you dakara koso, shinpai shinakute iin da yo
Donna ni tooku ni itemo kawaranai yo, kono kokoro
Iitai koto wakaru desho?
Anata no koto matteru yo (matteru yo)

Aku rasa, lagu yang artis Indonesia tu nyanyi lagi sedap dan mengenyangkan kot. Ntah la, korang rasa camne? otak korang, otak kanan ke kiri? kalau otak kanan...
peduli ape aku??? hahahah...
semoga info ini dapat membantu anda membuat kajian dan pembangunan KNP (bukan RND) hahaha !

Ok lah, aku tanak tulis banyak-banyak, kang abes dakwat nenek aku ni kang. Korang bukan nak hadiahkan Ipad untuk aku pun. Nanti aku ada masa lagi aku tulis lagi. Tu pun kalau nenek aku tak abeskan dakwat ni. Hahahaha!

Ape celop? sekian tottt~
Wassalam~

14 September 2011

Kalau dia jodohku, mungkin dia tak gelak...tapi ketawa !







Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….


Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…


Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…


Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku, 

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…


Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..


Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku… 


Seni giler doa dia ! hahaha !
memang teruk la sape yang doa camni..hahahaha!

11 September 2011

Surat untuk bakal isteriku..

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Assolatuwassalam Rasulillah Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam…
Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. 
Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan. Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu Kukira untaian doa srikandi iman, Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu dengan Nur KasihNya.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.(Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai- denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah.

Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita.
Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.

Calon zaujahku yang dirahmati, nikahi seorang wanita itu kerana empat perkara
1.hartanya,
2.keturunannya,
3.kecantikannya dan
4.agamanya.
Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu.Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa- bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal.(Al-Hujarat: 13)

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon zaujahku. Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya

“Anakku bangunlah, serta campurkanlah
susu itu dengan air.

Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu?

Ibu itu bertanya lagi: “Apakah larangan Amirul Mukminin itu?

Puterinya menjelaskan “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan.

Ibu itu berkata lagi “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya!

Puterinya menjawab “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.

Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut. Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.
“Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.

Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.

Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang- pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah.

Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya , ” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati, Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan
bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.

Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa.

Salam buat teman solehahku… Buat calon istriku tersayang. Rasanya aneh sekali yah ketika aku menuliskan surat ini untukmu. Kita sama-sama belum pernah bertemu, tahu namamu apalagi melihat wajahmu.

Aku pun tak tahu siapa, dimana dan bagaimana rupa dirimu itu. Tapi satu hal yang aku yakini bahwa kamu ada dan nyata dihadapanku. Calon istriku, sudah lama aku merindukan kehadiranmu. Telah lama aku menantimu dan terus mencarimu. Tetapi selama ini yang aku temui adalah mereka yang hanya singgah sesaat lalu pergi, dan bukan kau yang akan abadi di sampingku seperti kehendak- Nya.

Calon istriku, engkau adalah belahan jiwaku, kekasihku, aku tak punya arti apa-apa tanpamu disisiku. Aku tak akan pernah bosan mencarimu.
Saat ini, Dia masih saja menyembunyikanmu dariku. Akupun tahu, jodoh adalah suatu misteri yang telah Allah tetapkan bagi hambanya. Namun, aku yakin suatu saat kita pasti dipertemukan dalam situsi yang dianggap tepat oleh-Nya.

Calon istriku, Jika saatnya Dia telah berkenan mempertemukan kita, aku akan menjagamu, di sampingmu selalu, sampai batas waktu yang tak ditentukan. Dan akan menjalani hidup yang abadi juga bersamamu. Aku selalu sayang padamu, merindukanmu, kini dan kelak. Siapapun engkau, aku yakin kau adalah orang yang sangat istimewa seperti doa-doa yang aku panjatkan selama ini kepada-Nya. EngKau pasti jauh lebih cantik dari mereka yang hanya selintas dalam pandangan mataku. Aku menantimu selalu,

wahai calon istriku. Semoga calon istriku dilindungi Allah SWT selalu. Engkau akan selalu ada dalam hatiku. Siapapun engkau, masih dirahasiakan Tuhan dariku. Aku jatuh cinta padamu. Jika saatnya tiba, aku akan tahu bahwa itu adalah engkau, orang yang aku cari selama ini dengan hatiku. Aku akan tahu bahwa itu kau, dengan mata hatiku.

Awek yang 'spoting' walaupun di...uhhh!

PANTUN UNTUK MUDA MUDI SEKARANG

Awek Melayu ramai muka cun..
Body pun lawa..
Baru lepas sekolah menengah..
Tapi, sayang otak singkat..
Terang-teranggan mamat otak mereng..
Pergi pilih jadikan pakwe..
Jantan baik Awek Melayu tak selera..

Ikut pakwe ronda-ronda..
Ronda-ronda kota raya..
Pakwe suruh peluk-peluk..
Awek Melayu pun peluk..
Pakwe ajak pegang-pegang..
Awek Melayu pun pegang..
Pakwe minta raba..
Awek Melayu pun rela..

Awek Melayu pun kata..
"Apa mahu risau, dia bakal suami gua.."

Habis..
Kalau terberanak sebelum nikah macam mana ?
"Senang saja, buang baby dalam sungai !!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surat bertajuk "Matahari"

Surat bertajuk "Matahari"