Jom ikut saya !!! (^^,)

Anda dari negeri yang mana?

29 August 2011

Selamat Hari Raya! Jangan Main Mercun!

Hari raya tahun ni akan disambut berkembar dengan hari kemerdekaan 'Malaysia'.
Tapi aku rasa, raya tahun ni Merdeka tak sambut sangat. Orang lagi nak rayakan kemenangan kerana berjaya menahan nafsu yang tak baek selama sebulan tu.

Takpelah, yang penting raya tahun ni takde yang gado-gado yea. Harap sangat jangan gado, tak baek tau~
hik hik hik... Ape-ape pun yang berlaku kat Malaysia ni, aku tak kesah. Yang penting aku nak bagi ucapan sikit:



Pada kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemenangan AidilFitri 1432Hijrah bersamaan 2011Masihi. Kepada mereka-mereka yang suka main mercun tu, jangan sampai mengganggu gugat ketenteraman jiran-jiran anda. Kita tak tahu jiran kita ada yang nak terberanak ke, ada yang nak termengandung ke, atau ada yang lemah jantung. Tak pasal-pasal ada yang kojol sebelum tibanya hari raya. Kesian plak nanti.

Kalau betul anda ada main mercun bingit-bingit kat taman perumahan atau kat stesen bas mahupun kat dalam tandas hatta di desa sekalipun, pergi lah berkunjung ke rumah saudara yang terdekat yang berdekatan dengan tempat kejadian (tempat anda memekak) tu dan mintak lah mahap kepada mereka. Mana tahu yang marahkan anda tu 1taman x 40 orang. Buatnya kalau di doanya kalian kudung raya ni, tak dapat la korang main playstation 8 kat rumah jiran anda yea.

Oleh itu, pengajaran dari cerita di atas ni sebenarnya:
"sape-sape yang buat bingit kat taman rumah aku tu, tolong la berenti2 main mercun tu" main lah mercun pop tu kalau pun sangap nak main mercun. Jangan la pasang meriam askar british raya-raya ni. Nabi tak ajar pun main mercun sebelum raya. Bid'ah yang sesat betul! geram aku!

Dah, aku taknak marah-marah. Kang terbatal pulak puasa aku buat hari terakhir ni. Tak pasal-pasal kene ulang tayang. hahaha! Apa-apa pun, selamat pulang beraya kepada semua pengguna jalanraya. Semoga kalian selamat sampai ke kampung halaman. Baca doa banyak2 sebelum naik kenderaan, dan jangan lupa Naik Saksi dulu. hehehe.

Ok???!!! Selamat berjumpa lagi~
Wassalam~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surat bertajuk "Matahari"

Surat bertajuk "Matahari"