Jom ikut saya !!! (^^,)

Anda dari negeri yang mana?

22 September 2011

Tak kenal maka tak beragama -panassss!-

semak: surah al-qaf ayat 16
surah al-baqarah ayat 115
surah asy-syura ayat 11
surah al-ikhlas ayat 4
Bumi ni bulat kan? tapi nape diorang kata tuhan dilangit?

Panas ! Panas ! Panas ! mari kita teguk secawan dua ~ hehehe !

empat orang buta dengan seekor gajah


Salam satu tauhid ,
Sebelum memulakan tentang tajuk yang panas ini , biarlah saya  memperihalkan sebuah kisah daripada cerita rakyat yang popular yang membawa pengertian yang begitu dalam. Kisahnya begini:



Di seberang Ghor ada sebuah kota. Semua penduduknya buta. Seorang raja dengan pengikutnya melalui kawasan kota itu bersama-sama tenteranya dan memasang khemah di kawasan gurun. Raja tersebut mempunyai seekor gajah perkasa, yang lazimnya digunakann untuk tujuan berperang dan menimbulkan ketakjuban rakyat.



Penduduk kota itu ingin sekali melihat gajah itu, dan beberapa orang di antara orang-orang buta itupun berlari-lari bagaikan badut-badut sarkis bersemangat menuju ke pentas berusaha mendekati gajah peliharaan raja tersebut.



Oleh kerana tidak mengetahui bagaimana bentuk dan rupa kewujudan gajah, mereka pun meraba-raba seluruh anggota tubuh gajah kepunyaan raja itu, lalu membayangkan rupa bentuk gajah dengan menyentuh bahagian tubuhnya.


Masing-masing merasakan antara mereka telah mengetahui sesuatu, sebab telah menyentuh antara bahagian tubuh tertentu.

Ketika mereka kembali kepada penduduk kota orang buta itu, orang-orang kota yang buta itu pun berkerumun keliling empat sahabat buta dengan perasaan ingin tahu kebenaran tentang gajah daripada sahabat-sahabatnya sendiri, tapi pada hakikatnya mereka telah tersesat.

Penduduk kota itu pun bertanya kepada empat orang buta tersebut tentang bentuk gajah. Empat orang buta telah yang menyentuh gajah tersebut memperihalkan tentang bagaimana keadaan rupa sebenar gajah mengikut pendapat masing-masing.

Orang yang tangannya menyentuh telinga gajah ditanya tentang bentuk gajah. Jawabnya, “Gajah itu lebar, kasar, besar, dan luas, seperti getah sekerap.”

Dan orang yang meraba belalainya berkata, “Saya tahu keadaan sebenarnya. Gajah itu bagai paip yang lurus dan kosong, dahsyat dan suka menyedut.”

Orang yang menyentuh kakinya berkata , “Gajah itu perkasa kukuh, bagaikan tiang.”

seorang lagi telah menyentuh ekor gajah memperihalkan bahawa gajah itu seperti tali, panjang, lembut dan berbulu di hujungnya.

akhirnya, keempat-empat sahabat yang buta itu kebingungan kerana masing-masing hanya meraba pada satu bahagian tubuh badan gajah sahaja. 

apakah pengajaran daripada kisah empat sahabat buta dengan gajah ini?
dan apa pula kaitannya dengan agama?

Adakah kita sedar bahawa kita tidak seperti orang buta tersebut ataupun kita serupa seperti orang buta dalam kisah rakyat popular ini?

Mari kita lihat gambaran ini:




gambar bumi , apakah persoalannya? cuba kita perhatikan keadaan bumi. 
Seperti yang anda sedia maklum, bumi berbentuk sfera (bulat). Manusia tinggal diseluruh dunia dan masing-masing kalau menuding jari ke langit akan menunjuk arah langit masing-masing. arahnya juga berbeza-beza, kalau di kutub utara tunjuk langit tetap ke atas, begitu juga dengan kutub selatan. Tetap tunjuk ke atas.

Soalannya: "Dimana Allah?"
Ya! memang benar dalam Quran Allah berfirman:

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.."
- Surah Ar-Ra'd: 2


Ya! memang benar ! tapi, adakah kalian mengerti tahu apa itu arasy? 
atas langit? langit yang mana? pernah lihat langit yang mana satu? sedangkan Allah itu tiada bersifat seperti makhluk.

firman Allah dalam surah asy-syura ayat 11:


"tiada satupun yang menyerupaiNya, Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."

surah al-ikhlas ayat 4:
"tiada satupun yang sekufu denganNya, Dialah tuhan yang Maha Esa"

apa sifat makhluk??? seperti anda sekarang, mungkin sedang berada di atas kerusi, mungkin selepas itu anda turun ke lantai. Itulah sifat makhluk, ada tempat. Tapi tuhan tidak begitu.
"Allah maujuddi bila makan"
~Allah wujud tanpa tempat.~

Jadi, mengapa menyatakan Allah di atas langit??? sedangkan Allah itu dekat, malah lebih dekat daripada urat leher:
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,"
(surah al-Qaf , ayat 16)

Dan cuba fahami firman Allah ini:
"Walau kemana saja kamu hadapkan, disitu wajah Allah"

(Surah Al-Baqarah ayat 115)

Jika anda nyatakan bahawa Allah itu di langit anda syirik. Jika anda nyatakan bahawa Allah itu dimana-mana, tetap mempunyai tempat. 

Oleh kerana itulah, aku mengajak kalian supaya mendalami ilmu tauhid usuluddin (rukun iman) sedalam-dalamnya. Barulah dikatakan insan yang sebenar-benar beriman. Bukan iman yang pakai pak turut. Orang cakap A, ikut saja A tu tanpa ilmu.

Jangan hanya menuduh orang sebarangan dengan menyatakan orang lain sesat, sedangkan diri kita sendiri tidak mengenal siapa tuhan kita. Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China. Tuntutlah apa jua ilmu, asalkan dua sumber asas tidak diabaikan iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi.

Nabi bersabda:
"awaluddin makrifatullah, awal agama mengenal Allah"

Tak kenal Allah , bagaimana nak menyembah Allah ? dimana nak dituju ?
Tokoh ulama' tersohor, Imam Ghazali menyatakan:
berfikir tentang hakikat ketuhanan , lebih baik daripada solat 1000tahun.

Apakah anda faham tentang apa yang dimaksudkan dengan kenal ?  
Kalau tak faham biar aku huraikan disini.
Kenal boleh didefinisikan sebagai tahu, 

 tahu dan teringat kembali: "baru mendengar suaranya, aku sudah -- siapa dia"
Berapa kenal kita dengan tuhan kita? berapa akrab kita dengan tuhan kita? berapa kuat kita terhadap pegangan agama kita? setakat cecah dikuku?
Pengenalan tidak sah dengan hanya membaca-baca nama dan sifatnya sahaja. Kenal itu adalah yakin dan pasti serta telah berjumpa mengadap sesuatu yang ingin kita kenal.
Contoh terdekat yang boleh aku huraikan macam ni, saya ceritakan perihal seseorang yang saya kenali kepada anda, tentang namanya, sifatnya dan perlakuannya. Tapi anda belum pernah berjumpa dengan orang tersebut. Anda masih belum dikatakan mengenali orang yang aku ceritakan, sehinggalah aku bawa anda berjumpa dan berkenalan. Begitu juga dengan konsep berkenalan dengan tuhan.
"Jangan fikir dalam-dalam, nanti sesat"
itulah pemikiran sempit orang jahil sebenarnya. Ketahuilah kalian, bahawa ilmu itu pelita, jahil itu bahaya. Kalau kita tak cuba cebur dalam sesuatu bidang seperti tasawwuf, atau usuluddin tak mungkin kita dapat siasat dimana kesesatan dalam pengajian ini. Jika kita cuba menyiasat untuk mendapatkan kebenaran, samalah kita seperti kita berjihad di medan peperangan. Carilah ia didalam terang. tulis banyak-banyak pun, kalau dalam hati kita banyak buruk sangka (su'uz zhon) dengan orang, baik tak payah tulis. Jadi aku akhiri penulisan yang hangat ini sampai di sini sahaja. Jika ada pertanyaan, silakan komen.
Sekian, Wassalam....

3 comments:

  1. Saya nak tambah sedikit, mungkin ramai yang tak faham apa yang ingin saya sampaikan dalam blog tersebut. Sebenarnya ia mengenai cara kita mengenal tuhan. Pada usia yang terlalu muda, dalam 5tahun, kita di ajak mengenal tuhan bahawa tuhan itu dilangit. Memang ada hadis Nabi menyebut, Nabi s.a.w mengiyakan atau membenarkan seorang budak menyatakan Allah itu di atas langit. Tapi, bila kita kaji semula, Nabi menjawab soalan yang sesuai untuk usia budak 5tahun tersebut. Bagi kita yang sudah dewasa, teruslah mencari dan mencari ilmu ketuhanan sehingga kita benar-benar mengenal akan tuhan kita. Talqinkan diri kita sekarang! ma robbuka?
    dapat kah anda menjawab? bagaimana dapat anda jawab, tanpa kenal? mustahil.
    Jika kita kenal tuhan berdasarkan orang-orang yang buta (jahil) dan tidak pernah melihat Allah, maka kita jua akan sama-sama jahil dan ke neraka bersama orang yang buta tersebut.
    Sekian, wassalam.

    ReplyDelete
  2. hahaha like,pembaca berita...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surat bertajuk "Matahari"

Surat bertajuk "Matahari"