Jom ikut saya !!! (^^,)

Anda dari negeri yang mana?

21 April 2012

Kenapa nama kau ---> Awang????




Bakpe nak malu ngan nama awang ?
awang dalam ejaan bahasa jawa ---> awang=abang ...
maksud abang pula terbahagi kepada banyak makna :
1. Bahasa Melayu --> Abang kepada semua adiknya.
2. Bahasa Jawa ----> Warna merah ( Warna kegemaran ) ..
....dan....
kalau guna Google Translate :
Bahasa arab awang bermaksud 'awan'         : الغيوم (al-ghuyum)
Bahasa Inggeris pun bermaksud 'awan'       : clouds
Bahasa Cina juga bermaksud 'awan'             : 云 yun (you win)
Bahasa Tamil pun sama maknanya              : முகில் mukil


Dalam sejarah Melayu , awang adalah tokoh pelayar Melayu pertama yang mengelilingi dunia. Panglima Awang . Klik untuk baca!


Nak selit sikit lirik lagu kumpulan feminin:


Kumpulan : Feminin
Era           : 90-an
Tajuk        : Al-Kisah Sejarah Melayu


Ini cerita di nusantara
Hidup manusia di zaman dahulu
Sejarah Melayu memanglah kaya
Luasnya nusantara beribu batu

Orang Melayu memang terkenal
Sebagai pelaut sungguhlah handal
Sering ke laut mencari rezeki
Juga berdagang cara begini

Menempuh badai, ribut dan taufan

Menentang lanun raja di laut
Timur dan barat, utara dan selatan
Gagah berani… tak kenal, tak kenal takut

Ketika itu di nusantara
Ada seorang anak pemuda
Berhemah tinggi tekun berusaha
Sedia berbakti… berbakti untuk negara

Pemuda gagah kulitnya gelap
Sering harung ribut dan taufan
Seorang pelaut yang amat cekap
Luas lautan menjadi mainan

Telah dibawa oleh penjajah
Sebagai kelasi di atas kapal
Lantas mencipta satu sejarah
Kisah panglima yang berhati cekal

Belayarlah dia mengembara
Ke Eropah dan (juga) ke selatan Amerika
Panglima Awang masyhurnya nama
Manusia yang pertama mengelilingi dunia

Ketipak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu talu
Berpura-pura bingung
Hati di dalam bagai digaru

Ketipak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu talu
Serentak hati bingung
Hati di dalam siapa tahu

Telah terbukti dari sejarah
Kita manusia amat berupaya
Cekalkan hati ke satu arah
Gigih dan sabar pasti berjaya

Telah terbukti dari sejarah
Kalau hendak semuanya boleh
Sebagai contoh kisah panglima
Kalau tak mahu seribu dalih

Terserah semua kepada kita
Terserah semua…


post ni bukan modal membangga diri , cuma nak berkongsi pengertian nama 'awang' ...
ramai manusia akan buat muka peliknya bila kita sebut nama kita awang ....
"awang????????" :o
dan ramai bertanya apa erti 'awang'...
Sudah jelas ? Jadi , berbahagialah orang yang bernama 'awang' ...
ha ha ha ha !
Sekian, Wassalam ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surat bertajuk "Matahari"

Surat bertajuk "Matahari"