Jom ikut saya !!! (^^,)

Anda dari negeri yang mana?

25 April 2012

Kuala Pilah Banjir!

Kuala Pilah - 24 April 2012 (SELASA), hujan lebat secara mendadak tanpa henti telah menyebabkan banjir di kawasan Melang hari ini. Kawasan yang telah di kenalpasti mengalami banjir setakat ini ialah berhampiran Kompleks Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Banyak kenderaan yang terkandas di laluan Kuala Pilah - Seremban dan juga Seremban - Kuala Pilah. Kenderaan-kenderaan besar seperti lori dan bas tiada masalah untuk melalui kawasan banjir tersebut kerana paras banjir tersebut adalah lebih kurang paras lutut seorang lelaki tempatan. Jabatan Pertahanan Awam telah bertindak pantas menguruskan lalulintas di kawasan yang terjejas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan (kerana tiada laporan yang diterima).


Penulis blog mendapat panggilan daripada seorang rakan sedaerahnya dan bertanya mengenai keadaan yang berlaku ketika itu. Arfa (bukan nama sebenar) telah berjaya mendapatkan cadangan bernas untuk ke Seremban tanpa melalui jalan Melang iaitu dengan melalui jalan Seremban lama di Kampung Parit Ranjau Hantu. Cadangan ini telah dikongsikan oleh penulis kepada seorang rakan sedaerah semukim, Napi yang tinggal berdekatan kawasan banjir tersebut. Napi (bukan nama sebenar) meminta cadangan kepada penulis tentang 'bagaimana ibunya mahu pulang ke rumah' tanpa terkandas di kawasan banjir tersebut memandangkan ibunya telah berada di Seremban dan mahu pulang ke rumahnya di Kuala Pilah.


Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, ada sebabnya. Berkata Dia tanpa suara, tanpa huruf dan tanpa warna dan rupa. Tanda-tanda itu adalah kalimatNya. Masih belum terlambat wahai saudara-saudariku yang disayangi. Sama-samalah kita menilik diri sendiri. Kerap kita menyalahkan keburukan orang, sedangkan kesalahan itu lebih ketara pada diri kita sendiri. Semoga fikiran kita yang waras ini tidak disekat oleh pemikiran yang terlalu saintifik sehingga menapis iman menjadi tipis. Beristighfarlah dan berdoa, supaya Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan paling utama Tanah Melayu ini diselamatkan daripada segala bencana. amin ya robbal 'alamin.


Mudah-mudahan kita akan selalu berada dibawah payung rahmatNya.amin...amin..amin ya ghaffar...

Wassalammmm...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surat bertajuk "Matahari"

Surat bertajuk "Matahari"