Jom ikut saya !!! (^^,)

Anda dari negeri yang mana?

06 December 2012

bagaimana menjadi seseorang yang memahami bahasa rumput

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayangNya, dapatlah kita bernafas lagi di dunia ini sambil baca blog yang best ni kan. ;P Hehe~ Semoga anda semua berbahagia hendaknya.
Sebenarnya dah lama tak mengarang di blog yang dirindui ni. Sebab, saya suka kongsi perkara yang menakjubkan dan menarik serta berinfomasi sahaja. Tapi, tak salah kalau kita nak cerita pasal kehidupan kita. Sebab blog kita, suka hati kita la nak tulis ape-ape kan? hehe..

Dengan rahmat dan berkatnya juga dapatlah saya berkongsi video yang dikongsikan sahabat saya dalam satu laman sosial yang tersohor masa kini. Video ini berkaitan dengan Cinta yang hadir dari pancaran cahaya kasih sayang Nya.

Benarlah, kasih sayang itu datang bukan dengan cara terpaksa ataupun kerana sesuatu selain dari-Nya, atau kerana inginkan pahala, akan tetapi apabila Cinta Dia menyinari diri, segala 'rasa' kasih dan sayang kepada sekalian benda bernyawa ataupun tidak bernyawa termasuk baju sendiri terbit dengan penuh syahdu. Seperti seseorang yang mabuk (zouq) bercakap-cakap dengan sesuatu seperti merepek. Kerana mabuk cintanya kepada yang dipandang dalam segenap wajjahNya.

Mari sama-sama saksikan video ini sebagai pedoman hidup kita:


Begitulah sedikit sebanyak rahsia yang terungkai daripada riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. Semoga Cinta itu hadir dan teguh dalam diri kita. amin. Sekian, Sadaqallahul 'azhim. Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surat bertajuk "Matahari"

Surat bertajuk "Matahari"