Jom ikut saya !!! (^^,)

Anda dari negeri yang mana?

21 September 2011

Ikhlas itu ghaib, ghaib itu rahsia, rahsia itu milikNya.

Tadi kat facebook, aku ada taip status ni:

- status updated: 21 September 2011 - 2:26pm -
siap kata bersambung kat blog lagi...tiba-tiba aku jadi kelam kabut, sebab mula-mula aku main-main je cakap nak sambung kat fb. Sekali lagi petir berdentum ! lantas , satu suara datang lagi dan berkata: "kotakan apa yang kau nyatakan !!!" 
dah kene sepak baru nak tersungkur. hahaha ! baru tau yang amanah itu memang cukup berat. Aku tak ambil masa yang lama , terus aku taip segala macam kat blog aku ni takut nanti aku menipu diri ku sendiri.

Pada mulanya aku nak taip status camni:
semua orang tau aku mengadu...ikhlas ke camni?
Pastu, terus  aku didatangi suatu suara yang sukar digambarkan walau dengan kamera SL-R sekalipun. Tak perlulah anda bertanyakan suara siapa itu, kerana itu adalah rahsiaNya. Jadi, aku pun terus padam status tu selepas di tegur oleh suara itu. Dan sebenarnya, aku turut teringat penerangan guru aku tentang ikhlas. Apa yang faham, ikhlas ni begitu halus dan sukar untuk dilihat walau dengan mata hati sekalipun. Hanya Allah sahaja yang tahu apa ada dalam hati setiap hambanya.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,"
(surah al-Qaf , ayat 16)

Dalam satu hadis ada menyebut:

"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap, ia wujud tapi amat sukar dilihat"

Cuba baca pulak surah al-ikhlas ayat 2:
"Allahussomad=Allah yang dituju"

Jadi, apakah itu ikhlas sebenarnya? Ada satu situasi sebagai contoh untuk kita sama-sama fahami apa erti keikhlasan yang sebenar:

Situasi 1

Tangan kanan: Wahai tangan kiri, hari ni aku nak bagi kamu jam tangan sebagai hadiah.
Tangan kiri: eh, betul ke ni? Macam tak percaya je kau nak bagi hadiah kat aku..
Tangan kanan: Aku ikhlas ni.
Tangan kiri: Oh, kalau ikhlas baguslah. (sudah tahu)

Situasi 2


Tangan kanan: Wahai tangan kiri, hari ni aku nak belanja kamu makan nasik ayam. jom kita pegi makan kat restoran berangin tu.
Tangan kiri: eh, betul ke ni? Macam tak percaya je kau nak bagi belanja aku harini..len macam je?
Tangan kanan: Jangan banyak cakap lah. Jom laa..hehe..
Tangan kiri: Kau ikhlas ke ni?
Tangan kanan: Jangan banyak tanya lah, ko nak ke taknak?
Tangan kiri: Oh, mestilah nak. Rezqi jangan ditolak, musuh jangan dicarik.

Situasi 1 menunjukkan antara contoh orang yang tidak ikhlas kerana orang lain telah tahu apa yang tersembunyi dalam hatinya. Kerana Nabi pernah bersabda:
"Ikhlas itu seperti tangan kanan yang memberi, tetapi tangan kiri tidak mengetahui yang tangan kanan telah memberi."
Sengaja saya letak nama watak diatas dengan nama tangan kanan dan tangan kiri. Anda sendiri akan faham.

daripada: Iluvislam.com


Situasi kedua menjelaskan bahawa, walaupun kita ditanya oleh sahabat baik kita sekalipun, jangan sampai sahabat kita tahu yang kita ni ikhlas atau tidak. Kerana, ikhlas itu bukanlah boleh dinilai dengan kata-kata, tetapi ikhlas tu dinilai berdasarkan perbuatan seseorang yang bersungguh-sungguh. Macam orang yang nak pergi merompak pun kena jugak ikhlas. Kalau tak ikhlas, melingkup lah. Tapi, jangan pulak anda pergi merompak. Kelak, anda akan dirompak balik segala amalan anda. Hahaha.
Sudah faham kah anda tentang maksud ikhlas? jadi, jangan tanya kat saya adakah saya ikhlas taip post ni. hahahaha !


renung-renungkan, dan selamat beramal.
Sekian, salam sayang dari penulis. Wassalam~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surat bertajuk "Matahari"

Surat bertajuk "Matahari"