Jom ikut saya !!! (^^,)

Anda dari negeri yang mana?

15 October 2011

HUJJAH ALLAH KEPADA EMPAT JENIS MANUSIA

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, di akhirat kelak Allah S.W.T. akan berhujjah kepada empat jenis manusia:
  • Orang Kaya akan dihujjah Allah dengan Nabi Sulaiman a.s.
  • Orang Hamba Sahaya akan dihujjah Allah dengan Nabi Yusuf a.s.
  • Orang Sakit akan dihujjah Allah dengan Nabi Ayyub a.s.
  • Orang Fakir Miskin akan dihujjah Allah dengan Nabi Isa a.s.


ORANG KAYA versus NABI SULAIMAN a.s.

Orang-orang kaya membela diri ketika ditanya Allah mengapa kekayaannya tidak membuat ia beribadah kepada-Nya, mereka berdalih “Karena kami disibukkan mencari dan mengurus harta-benda”. Kemudian Allah pun mendatangkan ke hadapan mereka Nabi Sulaiman a.s. untuk memperlihatkan bahwa tidak ada yang bisa menandingi kekayaan yang dimiliki Nabi Sulaiman a.s. dengan apa yang mereka miliki selama di dunia, namun kayanya Nabi Sulaiman a.s. yang melimpah ruah tersebut tidaklah menjadikan beliau lalai dalam beribadah bahkan senantiasa selalu bersyukur dan berdzikir di setiap waktunya.


ORANG HAMBA SAHAYA versus NABI YUSUF a.s.

Orang-orang yang menjadi pekerja atau budak dari tuan-tuannya di dunia (hamba sahaya) membela diri ketika ditanya Allah mengapa kondisinya tersebut tidak membuat ia beribadah kepada-Nya, mereka berdalih “Karena kami disibukkan melayani tuan-tuan kami”. Kemudian Allah pun mendatangkan ke hadapan mereka Nabi Yusuf a.s. yang juga sama pernah menjadi budak hamba sahaya bahkan sempat dibuang dan dipenjara namun semua hal itu tidak melalaikan Nabi Yusuf a.s. dari beribadah kepada Allah S.W.T.


ORANG SAKIT versus NABI AYYUB a.s.

Orang-orang yang ditimpa ujian sakit membela diri ketika ditanya Allah mengapa sakitnya tersebut tidak membuat ia beribadah kepada-Nya, mereka berdalih “Karena kami tidak berdaya dalam kondisi sakit”. Kemudian Allah pun mendatangkan ke hadapan mereka Nabi Ayyub a.s. yang jauh lebih berat ditimpa ujian sakit dibandingkan manusia manapun di dunia ini, namun sakit yang teramat berat yang menimpa Nabi Ayyub a.s. tidaklah membuatnya lalai untuk terus bersyukur dan beribadah kepada Allah S.W.T.


ORANG FAKIR MISKIN versus NABI ISA a.s.

Orang-orang yang fakir miskin membela diri ketika ditanya Allah mengapa sakitnya tersebut tidak membuat ia beribadah kepada-Nya, mereka berdalih “Karena kami disibukkan untuk mencari makan”. Kemudian Allah pun mendatangkan ke hadapan mereka Nabi Isa a.s. yang jauh lebih fakir dan miskin dibandingkan manusia manapun di dunia ini, tidak memiliki harta, rumah, anak maupun istri, namun fakir dan miskinnya Nabi Isa a.s. tidaklah membuatnya lalai untuk tetap bersyukur dan beribadah kepada Allah S.W.T.

Begitulah Allah S.W.T. telah menyempurnakan agama-Nya ke dunia ini hingga kesempurnaan syariatnya tersebut tidak ada celah ataupun peluang bagi manusia untuk berkelit dan berhujjah mencari-cari alasan untuk membenarkan perbuatannya yang tidak bernilai ibadah kepada Allah S.W.T.

Maha Suci Allah dari ketidaksempurnaan akal manusia.



Disadur dari kitab "Nashaihul ‘Ibad" - Imam Nawawi al-Bantani.

PERSOALAN AYAM DAN TELUR SUDAH TERJAWAB...TAPI...


ini lah namanya ayam telor
"Mana yang lebih dahulu, ayam atau telur?" sudah menjadi pertanyaan paling filosofis maupun ilmiah selama berabad-abad, tetapi kini, jawabannya sudah tersedia.
Para ilmuan telah berjaya memecahkan teka-teki tersebut dan pastinya jawapan mereka, adalah ayam.
Seperti dilaporkan, para peneliti menemukan bahawa pembentukan kulit telur bergantung pada satu protein yang hanya ditemukan dalam indung telur ayam; ertinya, telur hanya boleh wujud jika berada di dalam ayam.
Protein yang disebut ovocledidin-17 atau OC-17 bertindak sebagai katalis untuk mempercepat pengembangan kulit telur itu.
Cangkerang keras ini penting sebagai tempat bagi kuning dan putih telur dan para ilmuan daripada Universiti di Sheffield dan Warwick menggunakan super komputer untuk 'zoom in' pembentukan telur tersebut.
Komputer yang disebut HECToR itu mengungkapkan bahawa OC-17 sangat penting dalam proses memulakan kristalisasi atau tahap awal penciptaan kulit telur.
Protein tersebut mengubah kalsium karbonat menjadi kristal kalsit yang membentuk kulit telur. Kalsit kristal ada di berbagai tulang dan tempurung tetapi mereka terbentuk lebih cepat di dalam ayam. Unggas itu mampu menghasilkan 6 gram kulit telur setiap 24 jam.
Dr Colin Freeman, dari Jabatan Teknik Material Universiti Sheffield, mengatakan bahawa, "Selama ini orang ramai beranggapan bahawa yang terlebih dahulu ada adalah telur, tapi kini kita memiliki bukti ilmiah yang menunjukkan bahawa sebenarnya ayamlah yang lebih dulu wujud."
"Protein itu sudah lama diidentifikasi dan diketahui terkait dengan pembentukan telur. Ternyata, dengan memeriksanya secara jelas kita dapat melihat cara protein itu mengendalikan proses pembentukan kulit telur. Menarik untuk diketahui bahawa berbagai jenis spesies burung tampaknya memiliki variasi protein dengan cara kerja yang sama," kata Freeman.
Manakala Profesor John Harding, dari jurusan yang sama di Sheffield, mengatakan bahawa penemuan itu berguna untuk hal lain.
"Memahami cara ayam membuat kulit telur dapat memberi petunjuk menuju rancangan baru maupun bahan baru," katanya.
“Alam telah menemukan solusi inovatif untuk semua jenis masalah dalam ilmu tentang materi dan teknologi dan kita dapat belajar banyak dari alam."
Penemuan itu ditelah diterbitkan dalam makalah "Structural Control Of Crystal Nuclei By An Eggshell Protein".


bisik-bisik: Memang jawapannya ayam, tapi ayam pulak dari mana?  Haaa...lepas ni ada la saintis baru nak buat kajian lanjutan pasal ayam pulak kan? habis lah kalau dikaji melalui sains, mungkin ayam disangka berasal daripada letupan supernova? haha ! tak masuk akal sungguh.


bagi aku, Islam ada jawapannya.
dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman:
"Ana minallah, waminkum minni."
AKU dari Allah, dan kalian dari AKU
~innalillahi wa inna ilaihi rojiun~

Nak tahu lebih lanjut? klik disini


wassalam..

04 October 2011

DITAMPAR SEBAB NAK BERTUDUNG

Kisah dipetik daripada: Eh, kenapa tulisan aku jadi biru?

ditampar patung???

Ceritanya begini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA

02 October 2011

Kenalkah kamu siapa tuhanmu?


Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
Sampaikan pesanku walaupun satu ayat. Inilah ayat-ayatnya:

"katakanlah, AKU lebih DEKAT daripada urat leher!"

surah al-Qaf ayat: 16

"dimana kamu hadapkan, disitu wajah Allah"


surah al-Baqarah ayat 115.



Kenal kah kita kepada pencipta kita? Talk in (Talqin) kan diri kita sendiri.

Talk In , deep inside...

didalam badan tersimpan segudang rahsiaNya. Rahsia Allah.

"dan dalam dirimu sendiri, apakah tidak kamu memperhatikan?"

surah azzariyat ayat 21.

Apakah kita mahu bertuhankan diri sendiri?

merasa kita ni adalah sesuatu yang wujud tanpa pencipta?

tiba-tiba sahaja wujud? adakah?

Kalau kita wujud dengan kuasa kita sendiri,

mengapa kita tak boleh atur hidup kita sendiri?

mengapa kita tetap akan mati suatu hari nanti?

mengapa tidak mati? renung-renungkan, dan selamat beramal.

(^^,) saya sayangkan sahabat-sahabat saya

walaupun kenalan di blog atau internet dunia akhirat.

Doaku hanya:

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, dan kau ampunkanlah dosa-dosa

sahabat-sahabatku (tidak kira yang ku kenal atau tidak kenal)..

Janganlah engkau seksa mereka ya Allah...selamatkanlah mereka Ya Allah..

Sesungguhnya engkau Maha pengampun dan Maha Menerima taubat...


amin~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surat bertajuk "Matahari"

Surat bertajuk "Matahari"