Jom ikut saya !!! (^^,)

Anda dari negeri yang mana?

18 April 2012

Sesungguhnya syaitan sedang bertenggek di hati saudaraku sekalian




Video ini dipetik daripada kisah Sembilan Wali dalam siri Syeikh Siti Jenar. Terdapat banyak pelajaran yang boleh di ambil daripada video ini sebagai panduan dalam hidup kita , antaranya:


Kaedah Dakwah yang bijaksana
Radin Sayid atau lebih dikenali sebagai Sunan Kalijaga adalah ulama' yang berdakwah dengan pendekatan dan kaedahnya yang tersendiri , iaitu mendekati sekalian rakyat dengan mengenakan pakaian seperti pakaian rakyat biasa dan bukan pakaian arab seperti yang ulama'-ulama' lazim pakai. Kaedah dakwah ini dapat digunakan oleh ulama' masa kini, selain berdakwah kepada orang yang bukan Islam dengan memanjangkan dakwah kepada remaja yang masih segar. Selain itu juga, Sunan Kalijaga tidak terus membangkang amalan upacara nenek moyang masyarakat jawa, kerana kaedah membangkang ini adalah kaedah yang keras dan bukan dengan kebijaksanaan. Pengunaan bunga-bungaan dan kemenyan pada asalnya adalah upacara pemujaan nenek moyang masyarakat jawa, tetapi maksud penggunaan di ubah dengan kaedah Islam.


Rujuk Quran jika ada perselisihan pendapat
Al-Quran menjadi panduan sekalian umat Islam dalam kehidupan seharian. Dalam Quran Allah telah berfirman bahawa jika berlaku perselisihan pendapat antara sesama umat, maka kembalilah kepada Quran iaitu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. yang terpelihara sehingga hari kiamat.


Siasat apabila mendengar sesuatu khabar angin
Apabila kita mendapat sebarang berita atau khabar angin hendaklah kita siasat terlebih dahulu. Kerana boleh jadi, berita yang disampaikan dari mulut ke mulut itu sebuah fitnah yang kita tidak ketahui.


Bermaaf-maafan selalu
Sekalian ulama' keturunan Nabi ini telah mendidik kita dengan adab apabila seseorang itu melakukan kesilapan, maka segeralah memohon maaf kerana memaafkan orang lain dapat mencairkan dendam dan api iblis dari hati-hati. Maka marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan elakkanlah permusuhan antara kita.


Tenang dalam menghadapi musuh
Allah berfirman dalam Quran:
Hai orang beriman! apabila kamu bertemu dengan musuh, sebutlah nama Allah banyak-banyak dan janganlah kamu berbantah-bantah. Nescaya kamu akan lemah.
Apabila musuh ingin menyerang kita, sebutlah Allah banyak-banyak. Tapi bukanlah sebut di lidah lisan semata-mata. Sebutlah dengan ilmu yang rahsia. Jika ingin ilmu rahsia ini, bertanyalah kepada yang tahu.


Semoga perkongsian video ini dapat memberi sedikit pelajaran kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa membaca posting saya ini. Semoga kita semua diberikan taufiq dan hidayah setiap waktu.
amin ya rabbal 'alamin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surat bertajuk "Matahari"

Surat bertajuk "Matahari"